Berita UtamaDunia

Hamas gesa UNRWA bersikap adil, jangan potong bantuan kepada pelarian

27,000 pelarian Palestin dipindah dari Syria tinggal di Lubnan

BEIRUT, 23 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Tindakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin (URNWA) memotong bantuan kepada mereka yang melarikan diri dari perang di Syria dan mencari perlindungan di Lubnan tidak berperikemanusiaan.

Jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Lubnan, Jihad Taha berkata, menjadi kewajipan UNRWA mendapatkan bantuan dan semua perkhidmatan yang diperlukan pelarian.

Ini memandangkan, pelarian-pelarian ini terlalu daif selepas diusir secara paksa dari rumah mereka.

Justeru, beliau menggesa semua pihak memberi tekanan kepada UNRWA untuk membatalkan keputusan yang menindas mengenai pembayaran yuran kewangan tanpa sebarang pengurangan.

Ini berlaku selepas UNRWA berhenti membayar AS$100 (RM419,150.00) kepada keluarga pelarian Palestin yang dipindahkan dari Syria bagi membantu menampung kos sewa mereka.

Menurut statistik UNRWA 2020, kira-kira 27,000 pelarian Palestin dipindahkan dari Syria yang tinggal di Lubnan.

Kebanyakan mereka berdepan keadaan ekonomi dan sosial yang teruk ketika Lubnan mengalami krisis ekonomi terburuk di dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button