Pendapat

Nusantara ibu negara baru Indonesia, dominasi China atau bangsa Melayu Indonesia

Siapa yang menerajui pembangunan utama ibu negara Nusantara?

BUKAN mudah untuk meramal ramalan masa depan tetapi kajian masa depan boleh dilakukan dengan data-data serta fakta sedia ada sebagai landasan kajian masa depan. Sekali imbas mungkin berita yang menggembirakan bagi rakyat Indonesia bila Presiden Jokowi mengumumkan ibu negara Indonesia akan berpindah ke Kalimantan. Banyak kelebihan kawasan tersebut terutamanya dari segi geografi menunjukkan kawasannya selamat dari bencana alam. Jakarta dijangkakan akan tenggelam.

Dengan peruntukan sebanyak AS$35 billion, sudah tentu ianya satu perbelanjaan yang besar. Nusantara akan menjadi pusat ekonomi utama Indonesia yang akan menggerakkan sektor sektor lain. Demografi penduduk akan berubah.

Persoalan yang seharus difikir bersama ialah siapa yang menerajui pembangunan utama ibu negara Nusantara. Sudah tentu fokus utama sebagai ibu negara ialah pembangunan ekonomi yang perlu diutamakan. Pembangunan ekonomi memerlukan kepada pelaburan yang besar sama ada pelaburan domestik dan pelaburan dari luar negara.

Perkembangan terkini menunjukkan rakyat Indonesia berbangsa China menguasai 90 peratus ekonomi Indonesia. Gelaran 9Naga antara tokoh-tokoh korporat China yang menguasai dan mengawal ekonomi Indonesia.

Adakah mereka akan terpinggir dengan arus yang ada atau mereka bersama dengan pelaburan dari luar akan menguasai ibu negara Nusantara. Rasanya jangkaan ini lebih tepat. Tidak mustahil Nusantara akan dikuasai oleh mereka keseluruhannya. Dengan keupayaan yang mereka ada dan dibantu sahabat mereka dari luar.

Senario semasa menampakkan OBOR tajaan China berpeluang untuk dilebarkan di Nusantara. Kesan ini bukan sahaja berlaku di Nusantara tetapi akan terpalit juga kepada negara jiran Malaysia yang terdekat terutamanya kedudukan Sabah dan Sarawak. Apa-apa yang berlaku di Kalimantan akan terkesan dengan Malaysia Timur dan Malaysia keseluruhannya. Malaysia perlu membuat kajian secepat mungkin untuk menghadapi senario masa depan yang akan berlaku demi kestabilan dan keselamatan negara.

Ustaz Sharipudin Abdul Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Negeri Kelantan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button