Berita UtamaDunia

5 pengawal kilang peluru berpandu maut ditembak askar Ukraine

Motif sebenar jenayah masih belum diketahui

KYIV, 24 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Sekurang-kurangnya lima pengawal keselamatan di sebuah kilang tentera di tengah Ukraine maut ditembak seorang anggota tentera Pengawal Kebangsaan Ukraine tanpa sebab yang tidak diketahui.

Insiden itu berlaku pada awal pagi Khamis di kilang peluru berpandu Pivdenmash (Loji Pembuatan Mesin Yuzhny Yuzhmash), di Dnipro ketika senjata sedang dikeluarkan kepada pengawal pada permulaan syif, kata polis dalam satu kenyataan.

Yuzhmash ialah sebuah kilang aeroangkasa yang mengeluarkan dan menguji bahan berkaitan pertahanan, aeronautik dan pertanian, menurut laman webnya.

Kementerian Dalam Negeri berkata, penyerang melepaskan tembakan dengan senapang Kalashnikov dan selepas itu melarikan diri dari tempat kejadian.

“Akibatnya, lima orang maut dan lima lagi cedera,” katanya.

Polis sedang mencari askar yang melarikan diri itu.

“Motif jenayah itu belum diketahui,” katanya sambil menambah bahawa seorang komander pengawal kebangsaan, Nikolai Balan, dihantar ke tempat kejadian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button