Berita Utama

PM bayangkan kepayahan laksana semula ‘lockdown’

Rakyat tak boleh ambil mudah kewujudan 13 kluster baharu

KUALA LUMPUR, 28 Zulkaedah 1441H, Isnin – Bimbang dengan kes positif COVID-19 yang kembali mencatatkan angka dua digit di negara ini sejak akhir-akhir ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kepayahan yang akan dihadapi oleh rakyat dan negara sekiranya ‘lockdown’ (sekatan pergerakan) dilaksanakan semula susulan peningkatan kes dengan mendadak.

Perdana Menteri berkata rakyat tidak boleh ambil mudah dengan perkembangan semasa yang menyaksikan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika mereka menikmati kehidupan yang kembali hampir normal ketika ini.

“Saya pasti saudara saudari tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan ‘lock down sekiranya kes-kes COVID-19 meningkat dengan mendadak. Saya juga berdoa dan berharap agar kita tidak perlu sampai ke tahap itu,” katanya dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP yang disiarkan televisyen tempatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button