Dunia

Lebih 7,000 kes sehari, Palestin lanjut darurat 30 hari lagi

Keluk kes jangkitan terus meningkat dalam 24 jam terakhir

RAMALLAH, 24 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri pada Rabu melanjutkan tempoh darurat selama 30 hari lagi di Palestin untuk memerangi pandemik COVID-19. 

Perintah darurat diisytiharkan kali pertama pada Mac 2020 selepas kes pertama dikesan di wilayah Palestin, dan ia sama ada dilanjutkan atau ditarik balik setiap 30 hari sejak itu. 

Undang-undang asas Palestin membenarkan lanjutan satu kali keadaan darurat, dan jika perlu dilanjutkan lebih lama, deklarasi baharu harus dikeluarkan. 

Kerajaan darurat memberi kerajaan kuasa untuk bertindak dalam apa juga cara yang difikirkan perlu untuk memerangi wabak. 

Ini memandangkan keluk kes baharu COVID-19 terus meningkat di Palestin dengan data merekodkan 7,750 kes disahkan dalam 24 jam terakhir.

Menteri Kesihatan, Mai Alkaila berkata, Baitulmaqdis Timur merekodkan 2,802 kes baharu, Tebing Barat (3,698 kes) dan Semenanjung Gaza (1,250 kes). 

Katanya, 445 pesakit dilaporkan pulih di Baitulmaqdis, Tebing Barat (630 kes) dan 100 lagi di Semenanjung Gaza. 

Alkaila berkata, 100 pesakit yang dijangkiti kini dirawat di hospital, 59 daripadanya berada dalam unit rawatan rapi dan 21 lagi memerlukan ventilator.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button