Dunia

Lonjakan kes COVID-19 tingkat tekanan pada sektor kesihatan Jepun

Perluas perintah darurat separa di 34 wilayah mulai hari ini

TOKYO, 24 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Lonjakan kes COVID-19 yang tidak terkawal telah meningkatkan tekanan ke atas sektor penjagaan kesihatan di Jepun. 

Kadar kes harian negara itu melonjak sekitar 10,000 dengan rekod baharu iaitu 71,633 kes pada Rabu, apabila 14,086 kes dikesan di ibu negara Tokyo. 

Akhbar Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo melaporkan, terdapat sedikit petunjuk bahawa lonjakan kes jangkitan akan perlahan. 

Namun, situasi  COVID-19 yang semakin merosot membebankan sektor perubatan yang menghadapi kekurangan kit ujian saringan dan sumber manusia, kata laporan itu. 

Sebagai langkah daripada usaha untuk membendung peningkatan jangkitan, Jepun akan memperluaskan perintah darurat separa kepada 34 wilayah mulai hari ini. 

Menerusi langkah itu, pihak berkuasa wilayah akan diberi kuasa untuk mengarahkan restoran dan bar memendekkan waktu perniagaan mereka serta menghentikan atau mengehadkan hidangan alkohol. 

Jumlah kes keseluruhan di Jepun kini mencecah lebih 2.27 juta termasuk 18,559 kematian.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button