Berita UtamaDunia

Lubnan, Jordan tandatangani perjanjian bekalan elektrik

250 megawatt elektrik dibekalkan ke Lubnan, kerjasama Jordan dan sokongan Syria

BEIRUT, 24 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Lubnan dan Jordan menandatangani perjanjian untuk menyalurkan bekalan elektrik melalui Syria, dalam usaha baharu membantu masalah kekurangan bekalan elektrik yang teruk di Lubnan.

Dalam sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya dari Jordan dan Syria, Menteri Tenaga Lubnan, Walid Fayad berkata, perjanjian itu menetapkan bahawa ‘250 megawatt elektrik akan dibekalkan ke Lubnan, dengan kerjasama Jordan dan dengan sokongan Syria’.

Sementara itu, Menteri Tenaga Jordan, Saleh Al-Kharabsheh berkata, perjanjian itu amat penting kerana Lubnan sangat memerlukannya, manakala Menteri Tenaga Syria, Ghassan Al-Zamel, mengumumkan kerajaannya telah menyelesaikan hal berkaitan rangkaian elektrik dari Jordan ke Lubnan.

Kata Ghassan Al-Zamel, Syria akan menyediakan semua kemudahan untuk mencapai perjanjian.

Perjanjian ini ditandatangani, semalam bagi memeterai usaha yang dibuat sejak Oktober tahun lalu, apabila ketiga-tiga negara telah memuktamadkan perjanjian.

Sejak letupan Beirut pada 2020 dan kegagalan politik berulang kali dalam kepimpinan Lubnan, negara itu mengalami kelompongan kerajaan yang berdaya maju, mata wang yang merudum dan kekurangan bahan api serta elektrik yang serius sepanjang tahun lalu.  

Akibatnya, pemadaman elektrik telah menjadi isu berterusan di seluruh negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button