Berita UtamaDunia

India dan 5 negara Asia Tengah salur bantuan kepada Afghanistan

Bekerjsama bangunkan pelabuhan Chabahar sediakan akses laut

NEW DELHI, 25 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – India dan lima negara Asia Tengah bersetuju membentuk jawatankuasa bagi menyediakan bantuan kepada Afghanistan dalam usaha menangani krisis kemanusiaan dan isu pengiktirafan Taliban.

Deklarasi bersama dibuat selepas sidang kemuncak dan berjaya mencapai kesepakatan bagi menyelesaikan isu Afghanistan.

Ia termasuk pembentukan kerajaan yang inklusif dan boleh memerangi keganasan serta memelihara hak asasi wanita dan kanak-kanak.

Perdana Menteri India, Narendra Modi bersama lima pemimpin turut bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kerja bagi membangunkan pelabuhan Chabahar di Iran untuk menyediakan akses laut termasuk ke Afghanistan.

India turut berminat untuk menjadikan Pelabuhan Chabahar, hubungan laut terdekat Iran dengan Lautan Hindi, yang menjadi saingan kepada Gwadar, kira-kira 80 kilometer merentasi sempadan di Pakistan.

Pakistan sebelum ini tidak membenarkan India menggunakan laluan daratnya untuk sampai ke Afghanistan dan negara-negara Asia Tengah berikutan ketegangan yang memuncak sejak Modi berkuasa pada 2014.

Terdahulu, Modi yang menjadi tuan rumah kemuncak bersama pemimpin Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan secara maya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button