Berita UtamaDunia

Rejim haram Israel lancar peluru berpandu ke Syria

Sasar pos kawalan tentera berhampiran Damsyik

BEIRUT, 26 Syaaban 1442H, Khamis – Negara penjajah Israel melancarkan serangan peluru berpandu berhampiran ibu kota Syria, Damsyik dan pinggiran selatannya, awal pagi tadi.

Sekurang-kurangnya empat anggota cedera dalam serangan itu, kata media kerajaan Syria.

Agensi berita negara, SANA, memetik seorang pegawai tentera yang tidak dikenali berkata, pertahanan udara Syria dapat menembak jatuh sebahagian besar peluru berpandu sebelum mencapai sasaran mereka.

Media itu melaporkan, beberapa peluru berpandu dilepaskan oleh pesawat perang Israel yang terbang di kejiranan Lubnan.

Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain melaporkan bahawa serangan Israel menyasarkan pos kawalan tentera berhampiran Damsyik.

Bagaimanapun pemantau perang pembangkang itu tidak memberikan maklumat lebih lanjut.

Dalam perkembangan sama, Al-Manar TV milik pergerakan Hizbullah di Lubnan berkata, salah satu peluru berpandu pertahanan udara Syria meletup berhampiran sempadan Lubnan-Syria dan didengar di beberapa bahagian selatan Lubnan

Ia kemudian berkata, peluru berpandu itu terhempas berhampiran perkampungan sempadan Lubnan, Houla. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button