Berita UtamaDunia

Salji tebal tambah sengsara pelarian Syria

9,125 khemah kem pelarian musnah

DAMSYIK, 25 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Salji tebal yang menyelubungi kem-kem di barat laut Syria menyukarkan pelarian untuk meneruskan aktiviti harian mereka.

Lebih menyedihkan, mereka hanya berkumpul di bawah kem tanpa sebarang persiapan dan bekalan sehingga memberi kesan buruk kepada kesihatan dalam keadan cuaca sejuk.

Seorang pelarian Abu Hussan yang terpaksa berteduh di bawah kem pelarian bersama ahli keluarga di bandar Jisr al-Shughur.

“Kami tiada kasut dan terpaksa berjalan di atas salji tebal, kanak-kanak berdepan ‘kesakitan’ apabila terpaksa berjalan tanpa kasut,” katanya.

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memaklumkan, sebanyak 227 tapak kem pemindahan sementara di landa salji tebal sejak 18 Januari lalu.

Malah, sebanyak 545 kem dilaporkan musnah dan 9,125 khemah musnah disebabkan ribut salji yang melanda kawasan tersebut.

Di Lubnan, pelarian bergelut untuk mendapatkan bekalan bahan api untuk aktiviti pemanasan berikutan cuaca sejuk melampau sehingga berada dalam keadaan menggigil sepanjang masa.

Keadaan sangat teruk berlaku di bandar Arsal, kawasan pergununangan di sempadan Syria apabila puluhan keluarga dan lebih 70,000 pelarian berdepan musim sejuk melampau.

Menurut Datuk Bandar Arsal, Basel Hujeiri, kebanyakan pelarian tidak mampu membeli bahan api untuk pemanasan.

Di negara jiran Jordan, salji lebat menutup jalan raya di ibu negara, Amman dan menjadikan keadaan pemanduan berbahaya di kebanyakan negara.

Mesir mencatatkan musim sejuk paling sejuk dalam tempoh satu dekad, dengan suhu setinggi tujuh hingga lapan darjah Celsius.

Sementara itu, jabatan Meteorologi menjangkakan salji melanda dengan suhu dijangka di bawah paras beku dalam beberapa hari ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button