Berita Utama

Kemalangan 11 kenderaan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak

Aliran perlahan menyebabkan kesesakan hampir 2 jam

KARAK, 26 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak disebabkan kemalangan.

Nahas yang membabitkan 11 buah kenderaan termasuk sebuah lori kontena berlaku sekitar pukul 9.30 pagi tadi sekali gus menyebabkan laluan KLK arah timur itu kesesakan hampir dua jam.

Kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, kemalangan melibatkan lori kontena dengan beberapa buah kenderaan lain berlaku di laluan Genting Sempah-Bukit Tinggi yang mengakibatkan lorong kanan dan tengah terhalang.

Menerusi ciapan laman LPT Trafik, aliran trafik perlahan sepanjang 22.3 kilometer (KM) dari plaza tol Gombak hingga KM43.1 menghala ke timur berdekatan Gombak-Bukit Tinggi.

Aliran trafik KLK semakin sesak sejak pukul 8 pagi tadi ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti tahun Baharu Cina.

Berdasarkan beberapa video tular di media sosial, nahas melibatkan 11 kenderaan termasuk lori berlaku di laluan bukit berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Genting Sempah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button