Berita Utama

Pengaruh PH memang makin menurun: Penganalisis

PRN Johor bakal saksikan kegagalan PH sekali lagi

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Pengaruh Pakatan Harapan (PH) sememangnya sudah semakin menurun, terutama sekali parti komponennya PKR dan DAP, kata penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain.

Beliau berkata, PKR di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan menurun di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak.

Prestasi itu juga dijangka tidak berubah pada PRN Johor akan datang.

“Saya rasa Anwar tak yakin dapat menang. Dapat pun sekurang-kurangnya tiga, empat kerusi. Saya fikir, kalau dia boleh memujuk beberapa rakan komponen untuk bertahan. Tetapi sekadar bertahan sahajalah.

“Nak menang tak dapatlah. Susah juga. Rakan-rakan lain seperti Pejuang, Warisan pun nak bertanding sendiri.

“Kita nampak dah tiada kerjasama yang erat antara mereka. Nafsi nafsilah orang kata. Dia untung dia makan, sana untung sana makan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Justeru, beliau berkata, sekarang ini akan bertarung hebat adalah antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PB) yang menggabungkan PAS dengan Bersatu. 

“Ketika ini, kita dapat melihat BN seolah-olah amat yakin bahawa ia akan memenangi PRN Johor seperti mana PRN Melaka.

“BN sengaja buat strategi membuatkan diri itu yakin. Ia hanya strategi propaganda politik. Yang sebenarnya dia pun tak yakin

“Dia cuba meyakinkan orang lain bahawa dia akan menang. Maknanya dalam hal ni, dua dua. Menang dalam pertempuran dengan menang dalam peperangan.

“Kalau menang kerusi. Belum tentu menang PRN. Dua-dua buah parti akan berpeluang menang dalam beberapa pertempuran. Tapi menang war (perang). Saya tak boleh nak bagi jawapan,” katanya.

Bagaimanapun, Prof Atory berkata, dalam keadaan sekarang ini Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menang di PRN Johor untuk menyelamatkan kleptokrasi daripada menang semula.

“Haji Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan siapa yang menyebabkan huru-hara dalam UMNO – kluster mahkamah.

“Kalau rakyat rasional, mereka akan berfikir. UMNO berdepan dengan masalah dalam PRN. Jika UMNO nak kurangkan persepsi rakyat terhadap. Mereka tak boleh angkuh. Mereka patut bersama-sama PAS dan Bersatu.

“Ini sekarang mereka macam menafikan kesalahan yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Sedangkan banyak benda yang tak betul. Rakyat akan memberikan pertimbangan dan penilaian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan bahawa mereka yang pro-UMNO akan melabelkan Muhyiddin dan sekutunya sebagai pengkhianat.

Tetapi, sebaliknya bagi yang pro-Bersatu dan PAS pula menganggap PN itu sebagai penyelamat daripada dua angkara.

“Iaitu pertama dari rejim kleptokrasi Najib dan Zahid. Kedua daripada angkara DAP dalam langkah Sheraton itu,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button