Berita Utama

PRN Johor: PAS, Bersatu tanding guna logo PN

Peruntukan kerusi akan diputuskan dalam beberapa hari lagi

KUALA LUMPUR, 26 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan logo gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini adalah antara resolusi dipersetujui pada sesi muzakarah (perbincangan) antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS selama dua hari, yang berakhir hari ini.

Katanya, gabungan itu akan memutuskan peruntukan kerusi dan sama ada ia akan bertanding di semua 56 kerusi di Johor dalam beberapa hari akan datang.

Presiden Bersatu itu juga menambah bahawa gabungan itu juga belum memutuskan calon Menteri Besarnya.

“Senarai calon kami pun belum ada lagi,” kata Muhyiddin pada sidang media yang turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan pemimpin tertinggi parti Bersatu serta PAS yang lain.

Pada PRN Melaka, Barisan Nasional (BN) telah memenangi 21 daripada 28 kerusi manakala PN hanya memenangi dua kerusi.

Muhyiddin berkata, PN akan mengambil iktibar prestasinya di Melaka dan bakal menyusun strategi sewajarnya di Johor.

“Kita ambil tahu apa yang berlaku di Melaka. Johor negeri lain. Lebih besar, lebih banyak kerusi dan pengundi di sana. Bahagian pilihan raya lebih besar. Kami akan meletakkan strategi yang betul untuk menentukan faktor kemenangan di Johor.

Bercakap mengenai kriteria calon, Muhyiddin berkata, PN akan meletakkan gabungan calon muda serta berpengalaman, dengan mengambil kira pengenalan pengundi berusia 18 hingga 20 tahun di Johor berikutan pelaksanaan Undi18 tahun ini.

“PN juga mempunyai ramai tokoh terkemuka di Johor yang boleh diletakkan sebagai calon kita,” kata Muhyiddin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button