Berita UtamaDunia

Turki sumbang kenderaan, alat teknikal kepada tentera Georgia

Janji akan terus sokong integriti dan kedaulatan Georgia

TBILISI, 26 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Turki menyampaikan sumbangan beberapa buah kenderaan dan peralatan teknikal kepada pasukan tentera negara jirannya, Georgia.

Menerusinya sebanyak 13 buah trak, dua jentolak dan 18 kit penyelenggaraan telah disumbangkan.

Penyerahan yang diadakan di kem tentera di bandar Tbilisi itu turut dihadiri pegawai kanan tentera Turki dan barisan angkatan tentera Georgia.

Hadir sama Duta Turki ke Georgia, Ceren Yazgan; Kolonel Birak Altiner serta Menteri Pertahanan Georgia, Juansher Burchuladze.

Sementara itu, Burchuladze melahirkan penghargaan terhadap kesungguhan Turki kepada negaranya.

Malah, menjelaskan negara berkenaan secara aktif dan sistematik membantu dalam menyumbang kepada pengukuhan pasukan tenteranya.

Katanya lagi, pasukan kor kejuruteraan tentera akan menggunakan sumbangan yang disalurkan termasuk kenderaan dan peralatan bagi memantapkan lagi operasinya.

Manakala, Yazgan pula menjelaskan Turki akan terus memberi komitmen bagi memperkukuhkan keupayaan pasukan tentera Georgia.

“Turki adalah ahli anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan kami akan menyokong integriti dan kedaulatan wilayah Georgia,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button