Berita Utama

8 kluster pendidikan COVID-19 direkodkan di Pulau Pinang

Libatkan pelbagai institusi pendidikan termasuk PASTI, pusat tahfiz

GEORGE TOWN, 27 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Lapan kluster pendidikan membabitkan kes COVID-19 direkodkan masih aktif di Pulau Pinang sehingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr Norlela Ariffin.

Beliau berkata, kluster pendidikan yang direkodkan itu melibatkan pelbagai institusi pendidikan iaitu sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Solok Nelayan di Daerah Barat Daya serta empat pusat tahfiz iaitu Kluster Jalan Sungai Nipah, Permatang Binjai, Kubang Semang dan Jalan Lembah.

Sementara dua lagi melibatkan institusi kemahiran di Jalan Berapit dan Bukit Panchor serta sebuah politeknik di Jalan Sungai Burung, katanya.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima kebanyakan pelajar yang dijangkiti COVID-19 ini telah menerima suntikan vaksin serta pesakit Kategori Satu dan Dua sahaja.

Sehingga semalam tiada kluster baharu direkodkan di Pulau Pinang dengan 14 kluster masih aktif membabitkan lapan kluster pendidikan, tiga kluster sektor perkilangan, dua kluster tempat kerja dan satu kluster keagamaan,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button