Berita UtamaDunia

Britain tawar vaksinasi pada budak berisiko umur 5 hingga 11 tahun

Kanak-kanak ditawar satu pertiga daripada dos dewasa Pfizer

LONDON, 27 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Britain minggu ini mula menawarkan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun – yang paling berisiko dijangkiti COVID-19 – kata Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang dikendalikan kerajaan.

Britain lebih perlahan daripada beberapa negara lain dalam menawarkan suntikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dan tidak merancang untuk memberi vaksin kepada kumpulan umur secara lebih meluas – tidak seperti Amerika Syarikat (AS) dan negara pengganas Israel.

NHS England berkata, kanak-kanak yang berada dalam kumpulan risiko klinikal atau yang tinggal bersama seseorang yang mengalami imunosupresi akan mendapat suntikan COVID-19 yang pertama – selaras dengan nasihat yang dikeluarkan bulan lepas oleh Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI).

“Saya ingin ibu bapa dan penjaga diberi jaminan bahawa tiada vaksin baharu untuk kanak-kanak akan diluluskan melainkan piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diharapkan telah dipenuhi.

“Saya menggalakkan seramai mungkin untuk memastikan anak mereka mendapat suntikan apabila dihubungi,” kata Menteri Vaksin UK, Maggie Throup.

Kanak-kanak akan ditawarkan dua dos 10 mikrogram suntikan Pfizer-BioNTech, iaitu satu pertiga daripada dos dewasa.

Jangkitan kini tinggi dalam kalangan kanak-kanak sekolah di England, dengan Jabatan Statistik Kebangsaan menganggarkan hampir 12 peratus murid sekolah dijangkiti COVID-19M pada minggu yang berakhir pada 22 Januari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button