Berita UtamaDunia

Israel enggan jual Iron Dome kepada UAE

Negara pengganas rugi AS$4.5 bilion selepas tolak perjanjian ketenteraan

TEL AVIV, 27 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Agensi keselamatan negara pengganas Israel menolak penjualan teknologi negara itu antaranya Iron Dome kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Akhbar Israel Hayom dan Maariv memetik penganalisis tentera, Alon Ben David sebagai berkata, agensi keselamatan Israel menolak potensi untuk menjual teknologi kepada rakan kongsi baharunya – merujuk kepada negara Arab yang telah menandatangani Perjanjian Abraham.

“Mossad, yang membuka jalan untuk normalisasi telah meminta agensi keselamatan berhenti melihat negara-negara ini sebagai ‘Arab’,” katanya.

Katanya lagi, Kementerian Pertahanan Israel menarik balik keputusannya untuk tidak menjual sistem pertahanan kepada UAE: “Ia telah menjual teknologi siber tetapi mengelak daripada menjual sistem pertahanan udara.”

Berikutan itu, UAE diwajibkan untuk membeli sistem pertahanan Korea Utara dengan teknologi Rusia.

Ben David menganggarkan Israel kerugian AS$4.5 bilion selepas menolak perjanjian ketenteraan dengan UAE.

Ia seolah-olah menunjukkan Israel mencadangkan sistem pertahanan negara itu kepada UAE dan Arab Saudi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button