Berita UtamaIstimewa

Muafakat parti politik Melayu rapuh kerana tiada agenda besar untuk bangsa

Adakah PRN Johor akan beri keuntungan pada rakyat?

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 27 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilaksanakan untuk mendapat mandat baharu rakyat, namun ia lebih kepada ‘medan’ pertembungan parti-parti politik Melayu berebut kuasa.

Lebih mendukacitakan parti-parti politik Melayu ini lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan taksub kepartian sempit, kata pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir.

“Lihat sahaja kepada ucapan pimpinan parti yang terlibat seolah-olah pengisytiharan perang antara parti-parti Melayu.

“Pemuafakatan mereka dalam PN dan MN masih terkial-kial. Pemuafakatan terlalu rapuh kerana tiada agenda besar untuk bangsa,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Ekoran itu, beliau tertanya-tanya sama ada PRN Johor akan memberi keuntungan untuk rakyat.

“Apa untungnya PRN Johor. Apa yang berlaku ialah perpecahan Melayu semakin parah. Duit jutaan ringgit akan dibelanjakan PRN. Masa dan wang ringgit akan hangus begitu sahaja.

“Kenapa parti-parti Melayu sanggup bertindak sedemikian. Jelas bila kepimpinan negara diberi kepada mereka yang tidak ada akhlak dan amanah. Langkah bermula menuju “kehancuran,” katanya.

Lebih dikesalkan katanya, harapan rakyat untuk melihat penyatuan umat tidak dihiraukan oleh ahli-ahli politik.

“Rakyat diperbodohkan dengan pelbagai dakwaan kononnya untuk membentuk kerajaan kuat perlu kepada PRN.

“Kononnya kuasa diberikan kepada rakyat yang menentukan pemimpin yang sepatutnya tetapi bila diteliti kita dapati ia hanya dakwaan palsu,” katanya.

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/01/29/prn-johor-pas-bersatu-tanding-guna-logo-pn/
https://ismaweb.net/2022/01/29/pas-terbuka-bekerjasama-dengan-mana-mana-pihak-hadapi-prn-johor/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button