Berita Utama

PH tak mesra Islam, dipenuhi pejuang ‘evangelis’: Khairuddin

Ada yang dilihat Islamis tapi perjuangkan pemikiran liberal

BANGI, 27 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa dasar Pakatan Harapan (PH) tidak mesra Islam dan dipenuhi dengan pejuang ‘evangelis’.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, berantakannya Pakatan Rakyat – yang akhirnya melahirkan PH – adalah atas asas pertembungan dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama.

“Dasar PH tidak mesra Islam. Dipenuhi dengan pejuang evangelis.

“Ada yang dilihat Islamis tetapi memperjuangkan pemikiran Islam yang liberal tanpa keterikatan pada hukum dan bersifat ‘post Islamisme’ yang mencabut akar umbi pemikiran gerakan Islam,” dakwanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Pakatan Rakyat sebelum ini ditubuhkan pada tahun 2008 hasil kerjasama DAP bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Namun, ia kemudiannya dibubarkan pada tahun 2015.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin menegaskan bahawa PAS berhadapan dengan PH atas dasar prinsip perjuangan yang jelas.

“Perjuangan PAS adalah berprinsip dan jelas bersandarkan kepada panduan al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan Qias yang tiada keraguan padanya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button