Berita UtamaDunia

UAE pintas peluru berpandu dilancar Houthi

Kekal tidak selamat selagi elemen Israel di Abu Dhabi, Dubai

ABU DHABI, 28 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Emiriah Arab Bersatu (UAE) memintas peluru berpandu balistik yang dilepaskan Houthi Yaman ketika lawatan Presiden negara pengganas Israel Isaac Herzog, lapor media antarabangsa.

Herzog mengadakan lawatan pertama ke UAE dan disambut oleh Menteri Luar, Sheikh Abdullah Bin Zayed.

Kementerian Pertahanan berkata, peluru berpandu itu dipintas dan dimusnahkan.

Katanya, serpihannya jatuh di kawasan yang tidak berpenghuni dan tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan.

Kenyataan daripada jurucakap Presiden Israel berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu dan lawatannya dijangka diteruskan seperti yang dirancang.

“Tidak, dan tiada sebarang bahaya yang ditimbulkan kepada presiden dan rombongannya,” katanya.

Terdahulu, jurucakap Houthi berkata, kumpulan itu tidak lama lagi akan mendedahkan butiran mengenai operasi ketenteraan dalaman di UAE.

Katanya, Houthi telah menyasarkan kedua-dua Emiriah Abu Dhabi dan Dubai dengan peluru berpandu balistik dan dron masing-masing.

“Negara musuh UAE akan kekal tidak selamat selagi beberapa elemen musuh Israel berada di Abu Dhabi dan Dubai,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button