Berita UtamaDunia

Tentera Israel lepas tembakan ke perumahan Palestin di Hebron

Cuba paksa penduduk keluar, dakwa rumah dibina di zon ketenteraan

RAMALLAH, 7 Zulhijjah 1443H, Khamis – Pasukan pendudukan negara pengganas Israel melepaskan tembakan ke atas rumah-rumah penduduk Palestin di kampung Masafer Yatta di bandar Hebron, Tebing Barat yang diduduki.

Agensi berita Wafa melaporkan, insiden pada Rabu itu berlaku ketika pasukan pendudukan mengadakan latihan ketenteraan dengan menggunakan peluru hidup di kawasan rumah penduduk Palestin.

Memetik aktivis Fouad La’mour sebagai berkata, tindakan melepaskan tembakan peluru hidup dengan cara itu menimbulkan ancaman besar dan maut kepada penduduk.

Katanya, peluru mengenai bumbung dan dinding sekurang-kurangnya di empat buah rumah, menyebabkan kerosakan dan panik di kalangan penduduk terutamanya wanita serta kanak-kanak.

Tentera pendudukan cuba memaksa rakyat Palestin keluar daripada sekurang-kurangnya 12 komuniti Masafer Yatta yang menjejaskan lebih 1,200 orang, dengan mendakwa bahawa rumah mereka dibina di sekitar zon latihan ketenteraan.

Pada 4 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Israel mengekalkan tuntutan tentera ke atas tanah itu sebagai zon menembak dan membenarkan perobohan komuniti serta pemindahan penduduk.

Minggu lalu, tentera rejim Zionis mengadakan latihan ketenteraan di kawasan masyarakat lain di Masafer Yatta – satu langkah yang juga bertujuan memaksa penduduk Palestin yang tinggal di sana meninggalkan kawasan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button