Berita UtamaDunia

Taliban didakwa bunuh bekas pegawai keselamatan

Majlis Keselamatan cadang PBB wujud pemantau hak asasi manusia

GENEVA, 28 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Taliban dan sekutu didakwa membunuh bekas pegawai Afghanistan, anggota keselamatan dan individu yang bekerja dengan kontinjen tentera antarabangsa sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS).

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres’ dalam laporan kepada Majlis Keselamatan PBB menggambarkan keadaan 39 juta penduduk Afghanistan semakin teruk walaupun pertempuran telah berakhir selepas Taliban mengambil alih pentadbiran sejak Ogos tahun lalu.

“Seluruh sistem ekonomi dan sosial di tutup dan rakyat semakin menderita,” kata Guterres.

PBB dalam laporan terbaharu memberi amaran bahawa krisis ekonomi dan kemanusiaan semakin kritikal selepas Taliban mengambil alih pentabiran.

Guterrus menyarankan Majlis Keselamatan meluluskan penstrukturan semula misi PBB dalam menangani situasi di negara tersebut termasuk mewujudkan unit pemantauan bahagian hak asasi manusia.

Sehingga kini PBB menerima lebih 100 laporan kes bunuh – dua pertiga daripada dipercayai dilakukan oleh Taliban sejak 15 ogos lalu.

Terdapat juga dakwaan pembunuhan di luar kehakiman dengan sekurang-kurangnya 50 dipercayai terlibat dan tergolong daripada kumpulan militan Daesh.

“Pejuang hak asasi manusia dan petugas media akan terus diserang dan berlaku penangkapan sewenang-wenangnya oleh Taliban,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button