Berita UtamaDunia

Tergamak ibu lempar anak ke kandang beruang

Kanak-kanak berkenaan selamat selepas dibantu petugas zoo

TASHKENT, 28 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik mendebarkan apabila dilempar ibunya sendiri ke kandang beruang di sebuah zoo di bandar Uzbekistan.

Menerusi rakaman CCTV, ibu muda itu dilihat mengangkat anak perempuanya sebelum bertindak mencampak ke kandang beruang sedalam lima meter.

Namun, umur kanak-kanak berkenaan masih panjang apabila beruang yang dinamakan Zuzu kelihatan terkejut dengan kehadiran ‘penghuni’ baru, hanya melihat sebelum menyembunyikan diri.

Petugas zoo yang pantas bertindak terus memasuki kandang untuk menyelamatkan mangsa dan bergegas dihantarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ibu kanak-kanak berkenaan kini ditahan pihak berkuasa dan dilaporkan berdepan hukuman penjara atas dakwaan cubaan membunuh anak sendiri.

Seorang saksi berkata, dia cuba menghalang namun tidak mampu melakukan apa-apa berikutan tindakan terlalu cepat.

Malah sehingga kini motif utama tindakan ganas wanita tersebut masih belum diketahui.

Kanak-kanak malang itu kini dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala akibat hentakan kuat dan berada dalam keadaan stabil. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button