Berita UtamaIstimewa

UMNO jangan terlalu angkuh

Perlu sedar kegersangan hati PAS bukan tanpa asas

BANGI, 28 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan UMNO supaya tidak terlalu angkuh dan sombong.

Ini susulan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan parti itu tanpa menoleh, mengimbau sejarah hitam yang ditinggalkan kepada PAS.

Difahamkan ia selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara sinis mengibaratkan UMNO seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh.

Kenyataan itu dikeluarkan Ahli Parlimen Marang ketika mengulas tindakan UMNO memutuskan kerjasama dengan Bersatu serta jalan sukar Muafakat Nasional (MN) yang dirintis selepas pilihan raya umum lalu.

Prof Ridhuan Tee berkata, UMNO perlu sedar, kegersangan hati PAS bukan tanpa asas apatah lagi jika dilihat dalam konteks Pantai Timur.

Katanya, UMNO perlu membayar balik harga puluhan tahun menderita itu dengan memberikan sedikit rasa keyakinan pada PAS.

Bahkan parti itu perlu lebih berani membuktikan mereka lebih mesra PAS daripada Bersatu.

“UMNO jangan cuba berlagak nak tekan PAS macam dulu-dulu.

“Akhirnya PAS menang negeri, UMNO bergadai negara. Sekadar terlepas negeri, sedap hati lagi. Terlepas negara bagaimana? Sudah lupa 22 bulan?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan UMNO untuk tidak melupakan bantuan dihulurkan PAS ketika parti itu berada dalam kesusahan.

“Bila UMNO susah, PAS datang menghulur tangan, kerana agama dan bangsa.

“MCA siap keluar kenyataan keluar BN. Kini UMNO jilat balik MCA kononnya mahukan undi Cina dan mahu menunjukkan UMNO warna warni

“Saya sudah bercakap tentang politik Melayu. Lebih baik fokus kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana mereka jauh lebih matang dalam berpolitik,” katanya.

Pautan berkaitan; https://ismaweb.net/2022/01/31/benarkah-itik-patah-kaki-sudah-sihat-sepenuhnya/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button