Pendapat

1 Februari: Memperingati kejayaan rakyat menentang Malayan Union

Angkat naratif ini yang bawa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

TATKALA kita menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari setiap tahun, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa tarikh ini sebenarnya juga adalah Hari Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi (1 Februari 1948).

Tarikh keramat ini sebenarnya menyingkap suatu peristiwa penting dalam garis sejarah bangsa Melayu, iaitu kemenangan besar kita memansuhkan Malayan Union melalui gelombang kebangkitan rakyat, iaitu orang Melayu.

Kesannya besar, kerana ianya menjadi asas kepada pembinaan kenegaraan Malaysia yang ada pada hari ini, iaitu berpaksikan kepada agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja Melayu sebagai teras utama.

Alangkah baiknya juga jika kerajaan dapat mengangkat naratif ini bagi seluruh negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu kerana ianya sebenarnya salah satu hari kemenangan kita mematahkan komplot licik dan rakus kolonial (British) pada masa itu.

Bagi saya, memang molek sangat kerana memang tiada langsung hari bagi memperingati peristiwa kemenangan rakyat menentang Malayan Union dan akhirnya menyatukan negeri-negeri Melayu.

Mungkin cadangan ini payah dan sensitif buat pemerintah. Tetapi, mungkin kita boleh sambut di peringkat masyarakat dahulu supaya anak cucu kita tidak lupa akan peristiwa yang cukup bersejarah ini.

Selamat ulang tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang ke-74.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
1 Februari 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button