Dunia

AS, UK, Kanada laksana sekatan ke atas 3 pegawai kehakiman Myanmar

Mereka dikatakan melakukan pendakwaan bermotif politik

WASHINGTON, 29 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kanada telah mengenakan sekatan ke atas pegawai atasan Myanmar, pada sambutan setahun negara itu diperintah junta.

Jabatan Perbendaharaan AS mengambil tindakan ke atas Peguam Negara, Thida Oo; Ketua Hakim Negara, Tun Tun Oo dan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, U Tin Oo.

Tindakan tersebut susulan dakwaan mereka terlibat dalam tindakan ‘bermotifkan politik’ ke atas pendakwaan pemimpin yang disingkirkan Aung San Suu Kyi.

“Kami mengkoordinat tindakan ini bersama UK dan Kanada bagi memaparkan sokongan kuat komuniti antarabangsa terhadap rakyat Myanmar. Mengutuk tindakan akauntabiliti terhadap rampasan kuasa dan keganasan yang dilakukan oleh rejim.

“AS akan terus menjalinkan kerjasama dengan rakan antarabangsa dalam menentang pencabulan hak asasi manusia dan menekan rejim supaya menghentikan keganasan.

“Membebaskan kesemua tahanan, membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa sebarang halangan dan mengembalikan semula demokrasi di Myanmar,” kata Setiausaha Negara AS, Antony Bliken dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Setiausaha Luar Britian, Liz Truss berkata, tentera Myanmar cuba melakukan keganasan terhadap rakyat mereka supaya tunduk.

“Melalui keganasan dan ketakutan, mereka telah mencipta perbezaan dan konflik,” katanya lagi dalam kenyataan.

Dalam pada itu, kerajaan Kanada mendakwa, junta tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperbetulkan keadaan dalam isu kemanusiaan dan situasi politik di Myanmar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button