Dunia

Myanmar lanjutkan darurat 6 bulan lagi

Pelanjutan bagi buat persiapan pilihan raya umum

YANGON, 29 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Majlis Pertahanan dan Keselamatan Myanmar pada Isnin mengumumkan lanjutan darurat selama enam bulan lagi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pelanjutan itu dibuat untuk persiapan yang diperlukan bagi pilihan raya umum pelbagai parti, kata pengumuman itu.

Kali pertama darurat diisytiharkan adalah pada Februari 2021, selepas tentera menahan bekas pemimpin kerajaan, termasuk kaunselor negara dan presiden. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button