Berita UtamaDunia

Pengganas Israel tangkap 32 lagi rakyat Palestin

Serang seorang pemuda guna anjing hingga cedera seluruh badan

RAMALLAH, 29 Jamadilakhir 1443H, Selasa – 32 rakyat Palestin ditahan tentera pengganas Israel dalam serbuan besar-besaran merentasi Tebing Barat semalam, menurut sumber tempatan dan keselamatan.

Sumber memberitahu bahawa tentera Israel yang lengkap bersenjata menangkap 21 rakyat Palestin selepas menceroboh dan menggeledah rumah mereka di kem pelarian al-Am’ari, selatan bandar Ramallah di tengah Tebing Barat.

Ketika serbuan itu, askar Israel menyerang seorang pemuda dengan menggunakan anjing sehingga menyebabkan kecederaan ke atas seluruh badan mangsa.

Di utara Tebing Barat, sumber mengesahkan serbuan sama turut dilakukan ke atas bandar Qalqiliya, yang mengakibat penahanan seorang rakyat Palestin.

Di Baitulmaqdis, askar Israel bersenjata menangkap seorang penduduk di bandar Qatanna dan menggeledah rumahnya sehingga menyebabkan suasana tegang.

Sementara di selatan Tebing Barat, kenderaan tentera menyerbu bandar Tuqu’ di timur Bethlehem, di mana lapan penduduk Palestin ditangkap selepas rumah mereka digeledah.

Tentera pengganas Israel turut melakukan serbuan sama bandar Sa’ir di daerah Hebron yang menyebabkan penahanan seorang lagi rakyat Palestin.

Israel kerap menjalankan serbuan ke rumah Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat, kononnya untuk mencari individu dikehendaki sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

Serbuan itu turut dilakukan di kawasan yang berada bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang waran.

Di bawah undang-undang tentera Israel, rejim mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman penuh ke atas tiga juta rakyat Palestin di Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button