Berita Utama
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Februari: MKN
Keputusan dibuat setelah teliti pembentangan KKM

KUALA LUMPUR, 29 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Februari.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan memaklumkan PKPD di Kampung Batu Talam, mukim sama akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook itu, Rodzi memaklumkan tiada pelanjutan PKPD di lokaliti lain. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.