Berita Utama

Kanak-kanak perempuan jatuh bangunan

Mangsa alami kecederaan di bahagian kepala, dibawa ke Hospital Sultanah Maliha

LANGKAWI, 30 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Seorang kanak-kanak perempuan cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah bangunan di Jalan Mahawangsa 1, Kuah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dilaporkan terjatuh dari tingkat empat bangunan berdekatan sebuah hotel di Langkawi.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Fadzlullah Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam yang hadir di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra pada jam 8.23 pagi.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 pagi dan komander operasi memaklumkan kanak-kanak perempuan tersebut terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan.

“Anggota bomba bertugas melakukan rawatan awal kepada kanak-kanak perempuan tersebut,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Katanya, mangsa yang didapati mengalami kecederaan di bahagian kepala dibawa ke Hospital Sultanah Maliha dengan ambulans.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 9.10 pagi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button