Dunia

Lapangan terbang Baghdad terus saksikan serangan roket

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini

BAGHDAD, 30 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad terus menyaksikan serangan menggunakan roket pada Rabu, menurut seorang anggota keselamatan tempatan.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan akibat serangan itu, dan tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pegawai itu.

Serangan pada Rabu merupakan serangan kedua dalam tempoh lima hari.

Pada Jumaat, enam roket disasarkan di perkarangan lapangan terbang, menyebabkan kerosakan pada dua pesawat awam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button