Berita UtamaDunia

Pelajar di AS dijangka selesai terima vaksin awal 2022

Lebih 80 peratus rakyat Amerika masih tunggu giliran suntikan

WASHINGTON, 24 Rejab 1442H, Isnin – Pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat (AS) dijangka menerima vaksinasi COVID-19 pada musim luruh, kata pegawai atasan penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci.

Beliau berkata, pelajar akan selesai menerima vaksinasi pada awal tahun 2022.

Pada masa sama, beliau berharap, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit mengeluarkan garis panduan yang lebih longgar bagi orang yang telah divaksinasi.

Bagaimanapun, beliau menggesa agar orang ramai terus berwaspada terhadap langkah-langkah pencegahan – yang mana lebih 80 peratus orang Amerika yang masih menunggu suntikan.

AS kini melakukan vaksinasi kepada 2.1 juta orang sehari.

Fauci berkata, kanak-kanak sekolah rendah kemungkinan akan siap menerima vaksinasi pada suku pertama tahun depan, setelah kajian mengenai keselamatan selesai, katanya.

Penurunan kes telah mulai mendatar dengan 60,000 hingga 70,000 jangkitan baru setiap hari. 

Beliau mahukan kerajaan melanjutkan perintah memakai pelitup muka dan langkah-langkah pencegahan lain bagi mengelakkan kemunculan varian baru. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button