Berita UtamaDunia

12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece

Tersebar gambar pelarian berpakaian di kawasan lumpur

ISTANBUL, 1 Rejab 1443H, Khamis – Kira-kira 12 pelarian ditemui mati dalam keadaan beku di bandar kecil di sempadan Greece, seminggu selepas kedua-dua negara berdepan ribut salji yang jarang berlaku.

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu berkata, kesemua pelarian ditemui di Ipsala, sempadan negara yang sering digunakan pelarian untuk memasuki Kesatuan Eropah.

Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan pelarian berasal dari mana dan punca mereka terkandas.

Namun Turki dan Greece masing-masing menyalahkan sesama sendiri dalam kejadian berkenaan.

Soylu menerusi Twitter mendakwa kumpulan pelarian tersebut dihalau daripada pegawai di sempadan Greece sehingga kasut dan pakaian mereka tertanggal.

Malah, turut tersebar beberapa gambar menunjukkan beberapa pelarian dalam keadaan tidak lengkap berpakaian di kawasan lumpur.

Soylu mengutuk tindakan pegawai sempadan Greece dan menyifatkan mereka lemah dan tidak berperikemanusiaan.

Menteri Imigresen Greece, Notis Mitarachi bagaimanapun menafikan tuduhan Turki dan bertegas tidak melakukan salah laku berkenaan.

“Kematian 12 pelarian di sempadan negara berhampiran Ipsala merupakan satu tragedi dan bertegas pelarian tidak pernah sampai ke kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Kesemua 12 pelarian tersebut merupakan sebahagian daripada 22 pelarian dan sehingga kini pihak berkuasa tempatan meneruskan pencarian 10 lagi baki pelarian.

Walaupun Agensi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendokumentasikan laporan yang boleh dipercayai mengenai insiden tersebut, namun kerajaan Greece telah berulang kali menafikannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button