Berita Utama

Kenyataan bukan rasmi keruhkan keadaan, punca MN lebih parah

Letakkan kepentingan agama, bangsa melebihi parti

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI 1 Rejab 1443H, KhamisKenyataan bukan rasmi dari pemimpin yang tidak berautoriti berkemungkinan antara punca Muafakat Nasional (MN) menjadi semakin parah.

Situasi tersebut hanya memburukkkan keadaan sedangkan hubungan pimpinan atasan antara parti masih di peringkat baik, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed.

“Seharusnya kenyataan rasmi dikeluarkan Setiausaha Agung, Ketua Penerangan atau Presiden sahaja. Tetapi kini ramai yang mahu mengulas.

“Sedangkan itu semua hanya pandangan peribadi mereka selain menjadikan media sosial sebagai medan peperangan.

“Keadaan ini ternyata mengeruhkan lagi keadaan selain menjadi ‘nasi tambah’ yang nyata dilihat memburukkan situasi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Prof Marthada juga berpandangan, sepatutnya semua pihak perlu matang dan mencari titik penyelesaian dengan cara duduk semeja.

“Letakkan kepentingan agama dan bangsa melebihi kepentingan parti kerana parti akan tetap ada, perlu ingat krisis yang berlaku hanya merugikan orang Melayu sendiri,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button