Berita Utama

Bukit Aman siasat kes kematian mengejut OKT dalam tahanan

Lelaki berusia 35 tahun ditemukan tak sedar diri pada 3 Februari

BANGI, 2 Rejab 1443H, Jumaat – Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes kematian mengejut seorang Orang Kena Tahan (OKT) dalam tahanan lokap Balai Polis Pandamaran, Klang, Selangor.

Siasatan itu akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, OKT berumur 35 tahun itu ditangkap dan disiasat pada 1 Februari lalu, di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“OKT tersebut telah direman selama tiga hari mulai 2 hingga 5 Februari 2022 di lokap Balai Polis Pandamaran, Klang, Selangor.

“Pada 3 Februari 2022 jam lebih kurang 6.50 pagi, OKT berkenaan telah ditemui tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang yang tiba jam 7.30 pagi telah membuat pemeriksaan dan mendapati OKT meninggal dunia.

Bagaimanapun katanya, punca kematian itu belum diketahui.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button