Dunia

OIC sambut baik laporan Amnesty mengenai aparteid Israel terhadap Palestin

Dokumen sahkan pencabulan yang dilakukan Israel

JEDDAH, 2 Rejab 1443H, Jumaat – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik laporan oleh Amnesty International yang berpangkalan di London baru-baru ini, yang mengesahkan bahawa dasar apartheid rejim Israel terhadap penduduk Palestin adalah rejim kejam yang menunjukkan dominasi dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), OIC menegaskan bahawa laporan itu merupakan dokumen undang-undang antarabangsa yang mengesahkan pencabulan yang dilakukan Israel, jenayahnya, dan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin.

Badan dunia itu juga menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan akauntabiliti Israel atas pencabulan, jenayah dan dasar perkaumannya terhadap rakyat Palestin.

Laporan komprehensif berjudul “Apartheid Israel terhadap Palestin: Sistem Penguasaan yang Kejam dan Jenayah terhadap Kemanusiaan” itu dikeluarkan pada 1 Februari. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button