Berita Utama

PN sudah tetapkan kawasan bertanding dalam PRN Johor

Tak timbul soal kerjasama PAS dengan gabungan lain

MUAR, 2 Rejab 1443H, Jumaat – Perikatan Nasional (PN) sudah menetapkan kawasan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melibatkan Bersatu, PAS dan Gerakan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses pembahagian kerusi antara mereka akan diselesaikan hujung minggu ini.

“Mungkin dengan pembahagian itu bukan sahaja untuk PRN tapi juga ke hadapan dalam pilihan raya umum dan sebagainya kita akan selesaikan.

“Masing-masing akan tahu di mana mereka berada dan akan mengambil beberapa langkah untuk perkukuh parti masing-masing atas nama PN yang tumpuannya untuk membantu rakyat,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, tidak timbul soal kerjasama PAS dengan parti atau gabungan lain lagi memandangkan perkara itu juga telah dimuktamadkan sebelum ini.

Justeru, katanya, kesetiaan PAS tidak seharusnya dipertikaikan lagi memandangkan parti berkenaan antara yang mengasaskan gabungan itu bersama Bersatu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, muzakarah antara Bersatu dan PAS yang dimuktamadkan baru-baru ini juga sudah cukup untuk menunjukkan komitmen parti itu dalam PN.

Pada 29 Januari lalu, muzakarah Bersatu dan PAS mencapai kata putus untuk terus memperkukuh hubungan mereka dan mendukung ‘prinsip bersama’ serta menolak budaya politik ekstrem.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button