Dunia

Terus sasar Tebing Barat, Israel tangkap 5 lagi rakyat Palestin

Serbu, ceroboh rumah penduduk Palestin hampir setiap hari

RAMALLAH, 2 Rejab 1443H, Jumaat – Tentera pengganas Israel terus menyasarkan wilayah Tebing Barat untuk memperluaskan penjajahan, yang membawa kepada penangkapan lima rakyat Palestin, semalam.

Sumber tempatan dan keselamatan memberitahu, polis Israel menangkap seorang penduduk kampung Zububa, barat laut Jenin, ketika dia berada di Israel.

Tentera Israel turut menahan tiga yang lain selepas menceroboh dan menggeledah rumah mereka di bandar Jenin dan Qalqiliya.

Rejim berkenaan melakukan serbuan sama di bandar Kafr Qaddum, di timur Qalqiliya, yang menyebabkan seorang warga Palestin ditangkap.

Israel menjalankan serbuan ke rumah Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat, kononnya untuk mencari individu dikehendaki sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

Serbuan itu turut dilakukan di kawasan yang berada bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang waran.

Di bawah undang-undang tentera Israel, rejim mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman penuh ke atas tiga juta rakyat Palestin di Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button