Dunia

Singapura lapor 13,208 kes jangkitan COVID-19 baharu pada Jumaat

Peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis

SINGAPURA, 3 Rejab 1443H, Sabtu – Singapura melaporkan 13,208 kes baharu akibat jangkitan COVID-19 pada Jumaat, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis.

Republik itu juga melaporkan enam kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) yang diterbitkan menerusi laman webnya.

Sepanjang 28 hari lepas, data menunjukkan bahawa 85,357 orang telah dijangkiti virus berkenaan dengan 99.7 peratus tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya simptom tidak ketara.

Daripada jumlah itu, 0.3 peratus memerlukan bantuan oksigen dan sokongan dan 0.04 peratus ditempatkan di unit rawatan rapi.

Kadar jangkitan mingguan di Singapura berada pada 1.39 pada Jumaat, meningkat daripada 1.23 pada Khamis.

Jumlah kes akibat COVID-19 kini mencecah 379,681, dengan 866 kematian.

Sehingga 3 Februari, 89 peratus penduduknya telah lengkap divaksin atau menerima dua dos vaksin COVID-19, dan 59 peratus telah menerima suntikan penggalak. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button