Dunia

Kanak-kanak jatuh perigi sedalam 32 meter meninggal dunia

Berita pemergian Rayan Awram dimaklum Istana Diraja Maghribi

CHEFCHAOUEN (Maghribi), 4 Rejab 1443H, Ahad – Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter berhampiran bandar Chefchaouen di Maghribi sejak Selasa, disahkan meninggal dunia.

Media antarabangsa yang memetik kenyataan dikeluarkan Istana Diraja Magribi berkata, Rayan Awram telah meninggal dunia sejurus selepas berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat.

Usaha menyelamatkan Rayan telah mendapat perhatian ribuan orang yang sanggup berkumpul di kawasan perigi serta jutaan lain yang mengikuti secara dalam talian.

Di media sosial, hashtag #SaveRayan telah menjadi sohor kini di seluruh negara yang menyatakan kegembiraan mereka setelah kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian kegembiraan itu bertukar hiba selepas pengumuman Rayan meninggal dunia dikeluarkan.

“Susulan kemalangan tragis yang mengorbankan nyawa kanak-kanak Rayan Awram, Duli Yang Maha Mulia Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak yang terjatuh ke dalam perigi,” kata kenyataan dari istana diraja.

Katanya, Raja Mohammed VI turut menzahirkan ucapan takziah dan bersimpati atas kejadian menimpa kanak-kanak terbabit.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button