Berita Utama

Cadang wujud KAFA di sekolah menengah

Ilmu agama diajar lebih mendalam, pengajian berkonsep praktikal

BANGI, 5 Rejab 1443H, Isnin – Kerajaan bercadang mewujudkan pengajian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di peringkat sekolah menengah dalam usaha memperkasakan ilmu kerohanian dalam kalangan remaja.

Sukatan pelajaran yang akan digunakan disesuaikan mengikut tahap kedewasaan para pelajar sekolah menengah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

“Beza kelas KAFA ini dengan kelas agama biasa adalah sukatan yang digunakan lebih kepada praktikal.

“Selain itu, ilmu agama yang akan diajarkan kepada pelajar juga adalah lebih mendalam,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Katanya, sukatan diguna pakai kelas KAFA selama ini di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mendapat pengiktirafan badan akademik.

“Jakim diberikan peruntukan yang besar bagi memastikan kelangsungkan pendidikan agama peringkat sekolah rendah berterusan,” katanya.

Selain gerak kerja dakwah, tumpuan dalam pendidikan turut diberikan oleh badan tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button