Berita UtamaDunia

Datuk Bandar Kanada isytihar darurat tangani golongan tolak vaksinasi

500 pemandu trak anjur protes bantah syarat wajib vaksin

OTTAWA, 5 Rejab 1443H, IsninDatuk Bandar Kanada, Jim Watson terpaksa mengisytiharkan darurat ke atas Ottawa dalam usaha menangani protes dilakukan kira-kira 500 pemandu trak yang membantah syarat mewajibkan golongan tersebut menerima suntikan COVID-19.

Terdahulu, berlaku demontrasi besar-besaran, Konvoi Kebebasan oleh golongan pemandu trak sebagai gerakan menentang keperluan vaksin di Kanada bagi pemandu lori rentas sempadan.

Demontrasi berkenaan bagaimanapun bertukar menjadi perhimpunan menentang langkah kesihatan awam dan kerajaan Perdana Menteri, Justin Trudeau.

“Ini memberi gambaran betapa bahaya dan seriusnya ancaman terhadap keselamatan penduduk berpunca daripada demonstrasi yang berterusan.

“Kita memerlukan sokongan daripada bidang kuasa lain dan pelbagai peringkat kerajaan,” katanya.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya kini sedang mengumpul bukti-bukti yang akan digunakan dalam pendakwaan jenayah.

Malah, akan menyekat individu yang cuba membawa masuk tong minyak bagi kegunaan ratusan trak besar, yang menghalang kebanyakan jalan di pusat bandar sehingga melumpuhkan bandar Ottawa.

Sementara itu, penganjur konvoi pula memaklumkan, mereka tidak akan berganjak selagi arahan mewajibkan vaksin tidak dibatalkan.

Sementara itu, Menteri Keselamatan Awam Kanada, Marco Mendicino pula berkata, kerajaan tidak akan mengubah pendirian dalam isu berkenaan.

“Kami telah meletakkan persoalan dan mandat vaksin dalam undian pada pilihan raya dan hanya melaksanakan janji yang dibuat dengan sokongan sebahagian besar rakyat Kanada,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button