Berita Utama

KJ buat pengumuman penting 5 petang ini

Netizen bimbang pelaksanaan PKP semula

BANGI, 5 Rejab 1443H, Isnin – Orang ramai ternanti-nantikan pengumuman penting yang dikhabarkan bakal diumum oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini.

Terdahulu, menerusi kenyataan di akaun Twitter, Khairy memaklumkan akan membuat beberapa pengumuman penting menerusi satu sidang media pada jam 5 petang.

Difahamkan, sidang akhbar khas itu turut menyentuh mengenai perkembangan terbaharu jangkitan COVID-19 termasuklah status varian Omicron.

“Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini,” katanya.

Tinjauan Ismaweb.net di media sosial mendapati, rata-rata netizen bimbang pengumuman itu akan membabitkan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia susulan jangkitan COVID-19 di negara ini kembali melonjak secara mendadak berikutan gelombang varian Omicron.

“Harap tiada lagi PKP. Buatlah pelan yang memberi kesan baik untuk semua peringkat dan sudut,” demikian kata Arsila.

“Janganlah PKP balik. Bagilah umat Islam nak bertarawih dan solat sunat raya secara berjemaah tahun ini,” itu pula kata Mie Kun.

Terbaharu, 11,034 kes baharu dilaporkan pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,925,254 kes.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button