Artikel KhasBerita Utama

Malam semakin terang-benderang, jawi semakin hilang di Gua Musang

Tak mustahil satu hari nanti komuniti Cina di Gua Musang tidak lagi dapat berbahasa Melayu

HEBATNYA retorik Melayu Cina India demi perpaduan

Sehingga pemimpin lupa akarnya adalah Melayu dan Bumiputera

Inilah kesilapan dan kehilafan yang telah berlaku sekian lama atas nama serta alasan terlalu mengejar perpaduan dan perpaduan dalam kepelbagaian atau ‘unity in diversity’.

Kononnya, jika tidak sebut perkara tersebut, amalan negara kita seolah-olah tidak ada diversitinya.

Sedangkan, realitinya, kebebasan dan diversiti begitu keterlaluan sehingga menenggelamkan identiti penduduk asal.

Agak-agak negara sebangsa seperti Thailand, Vietnam, China, India, Nyanmar, Kampuchea, Laos dan lain-lain, apa retorik mereka? Sudah tentu tonggaknya adalah bangsa mereka sendiri tanpa kompromi.

Brunei dengan berani menyebut bahawa negara mereka adalah negara Melayu Islam Beraja (MIB), kerana itulah akar sebenarnya Brunei, walaupun di situ ada 30 peratus Cina. Apakah Brunei tidak diversiti. Di sinilah keberanian pemimpin Brunei dalam membangunkan negara bangsa yang bersifat diversiti. Retoriknya bukan Melayu, Cina, India. Tetapi Melayu Islam Beraja. 

Kita memang tidak menolak akan kepelbagaian atau diversiti itu, kerana semua kita ini adalah makhluk ciptaan Allah, Tuhan sekelian alam. Namun, jangan lupa, setiap negara ada akar setiap bangsanya.

Namun, apabila tiba kepada pembangunan negara bangsa, maka kita pun terhegeh-hegeh berkata bila mahu capai perpaduan maka jawapan tuntasnya, Melayu, Cina, India. Bumiputera bagaimana pula? Saya amat menghormati hak bumiputera Sabah dan Sarawak. 

Sebagai contoh, bila tiba program atau aktiviti negara,  maka pecahannya separuh separuh. Jika ada 10, maka formulanya kita berkongsi 5-5. Itu baru Namanya adil.

Jika formula jadi 7-3, itu tidak adil. 7 mewakili Melayu dan Bumiputera, 3 dikongsi dengan Cina dan India. Formula ini tidak adil. 

Sebab itu, kita menolak menyertai persatuan perwakilan agama-agama di Malaysia. Dalam persatuan itu ada Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan Toa. Jika wakil Islam masuk, jadi 4-1. Wakil Islam menjadi minoriti dalam pertubuhan perwakilan agama.  

Jadi, apakah ertinya, kedudukan Islam dalam perlembagaan? Begitu juga kedudukan Melayu dan bumiputera? 

Kalau tidak percaya, cuba dengar wakil rakyat atau pemimpin Melayu bila bercakap, bila tiba kepada isu perpaduan, Melayu Cina India.

Bandingkan dengan wakil rakyat atau pemimpin bukan Melayu, bangsa mana yang didahulukan? Fikirkan sendiri.

Identiti apakah Malaysia ini sebenarnya dalam mencapai perpaduan? Melayu India Cina, atau Melayu, bumiputera, Cina, India? Akarnya apa? 

Saya baharu sahaja balik daripada Gua Musang, Kelantan, setelah tiga tahun tidak ke sana. Gua Musang semakin berubah ditelan arus pembangunan. Keadaan Gua Musang, walaupun mula membangun, tidak menyedapkan hati saya

Identiti dan jati diri Gua Musang semakin hilang. Papan tanda yang dinaikkan semakin hilang jawinya. Malam semakin terang-benderang dan hidup.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), badan kerajaan dan separa kerajaan sudah hilang jawinya, meskipun jawi itu sudah menjadi identiti Kelantan dan Terengganu.

Ini belum lagi termasuk komuniti Cina yang mula mengasingkan diri daripada kelompok Melayu dengan membangunkan tanah beratus ekar untuk komuniti mereka, sehingga Melayu sukar untuk membeli pada harga mahal.

Saya sayang Gua Musang, sudah menggantikan I (we) love Gua Musang. Kenapa jadi I dan We. Ke mana pergi perkataan saya atau kawe?

Hebat ultra kiasu menaja, papan tanda sebegini. Majlis Daerah pun rasa bangga kerana dapat penaja, dapat menjimatkan perbelanjaan papan tanda. Jimat sikit, identiti terkorban

Majlis Daerah, lupa bahawa sedikit demi sedikit jatidiri dan identiti akan terhakis

Jika tidak percaya tidak lama lagi Gua Musang akan menjadi sama seperti bandaraya lain seperti Ipoh, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Ramai yang tidak boleh berbahasa Melayu nanti yang menjadi bahasa negara.

Maka akan berteriaklah mereka Gua Musang for Jesus seperti mana berlaku di Johor, Johor for Jesus, Ipoh for Jesus

Lagipun Gua Musang amat strategik, pertemuan tiga buah negara, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sebab itu, ultra kiasu hari ini berduyun-duyun  mahu tinggal di Gua Musang dan membentuk komuniti tersendiri. Membina Chinatown, sekolah sendiri dan membeli tanah sebanyak mungkin.

Tidak mustahil suatu hari nanti komuniti di sana tidak akan dapat berbahasa Melayu dengan baik sebagaimana Cina Kelantan. Sehingga ada yang memberi gelaran namanya Awang, Jusuh dan lain-lain. 

Gua Musang tidak mustahil menjadi Kuala Lumpur. Hidup 24 jam. Yang menjadi mangsa kerosakan adalah Melayu. Sedangkan bandar yang maju adalah bandar yang mati pada waktu malam.

Kini ultra kiasu mahu menghidupkan malam-malam di Gua Musang. Majlis Daerah akhirnya terkesima lalu berkata ‘hebat Gua Musang’ bandarnya hidup 24 jam, malam-malamnya begitu cerah. Kerana itulah petanda pembangunan. 

Saya dengar khabar, gua-gua di Gua Musang, yang menjadi identiti di sana, sudah jatuh ke tangan orang lain. Tidak mustahil, gua-gua ini akan menjadi kuil dan tokong suatu hari ini seperti Batu Caves, meskipun penduduk bukan Islam di sana tidak berapa ramai buat masa ini, walaupun sudah semakin ramai, atas nama pembangunan.

Jika tidak diramaikan dan tidak dijual tanah-tanah Gua Musang, bagaimanakah Gua Musang mahu membangun? Baru saya sedar untuk membangunkan sesuatu kawasan jual kepada taukeh-taukeh, baru boleh membangun. Harapkan Melayu, jadi hutanlah Gua Musang.

Saya tidak kata tidak boleh jual, tidak boleh dibangunkan. Persoalannya, di manakah jati diri dan di manakah identiti. Kini, bila saya menjejak kaki ke Gua Musang, saya tidak rasa berada seperti berada di Kota Bahru, Kelantan. Saya mula berasakan seperti berada di Kuala Lumpur. Jati diri dan harga diri telah dikorbankan demi pembangunan.

Bukan menafikan hak bukan Islam, tetapi berpada-pada, sebab mereka berada di Kelantan, negeri majoriti 95 peratus ke atas adalah Melayu. Begitu juga di Terengganu. 

Pinta saya hanya satu, kekalkan jatidiri, kekalkan identiti dalam menyelami erti pembangunan, bukannya retorik Melayu India Cina. 

Mahukanlah dan bangunkanlah sesuatu tempat itu. Pastikan akarnya tidak tercabut. Itulah nama diversiti, selain ubah retorik kepada Melayu, Bumiputera, Cina dan India. 

MCA sudah awal-awal meminta kerusi DUN untuk bertanding kawasan Parlimen Gua Musang. Apakah UMNO akan memberi laluan kepada MCA atas nama perpaduan atau diversiti? Kita tunggu.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button