Berita Utama

COVID-19: 101 kes baharu, tiada kematian

4 adalah kes import dapat jangkitan di luar negara

PUTRAJAYA, 11 Safar 1442H, Selasa – Malaysia mencatatkan 101 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kes positif adalah 11,135 dengan kebolehjangkitan adalah 1,062 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada kes baharu itu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara dan tiga bukan warganegara dari Myanmar iaitu dua kes di Sarawak, Arab Saudi (satu kes di Sarawak) dan Nigeria (satu kes di Selangor).

“Daripada 97 kes penularan di dalam negara, 93 kes adalah warganegara Malaysia dan empat kes adalah bukan warganegara.

“Sebanyak 17 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada hari ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 63 sejak 20 Sept lepas,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19.

Sebanyak 50 kes yang telah pulih COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 9,939 kes (89.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button