Berita UtamaDunia

Arab Saudi didakwa bawa penentang politik ke perbicaraan rahsia

Tahanan terpaksa terima hukuman sewenang-wenangnya tanpa keadilan

RIYADH, 6 Rejab 1443H, Selasa – Sebuah pertubuhan hak asasi manusia bebas mendakwa, pegawai Arab Saudi membawa penentang politik yang dipenjarakan dan pejuang pro-demokrasi ke perbicaraan rahsia untuk menyembunyikan pelanggaran berat yang dilakukan terhadap mereka.

Pertubuhan hak asasi manusia, Sanad yang mempertahankan hak politik dan sivil di Arab Saudi serta memantau pencabulan hak asasi manusia mendakwa, kebanyakan tahanan menghadapi perbicaraan rahsia, dan menerima hukuman sewenang-wenangnya selain tidak adil berdasarkan pengakuan yang dikeluarkan. 

Tahanan juga didakwa tidak boleh menerima lawatan keluarga dan mengadakan pertemuan bersama peguam.

Organisasi itu menekankan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi menganiaya secara kejam penentang yang dipenjarakan.

Ia menuntut keadilan dan ketelusan dalam prosedur jenayah.

Sanad menggariskan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mesti membetulkan dasar tidak adil mereka terhadap tahanan negara itu, dan menghormati hak asasi manusia.

Arab Saudi telah meningkatkan penangkapan bermotifkan politik, pendakwaan dan sabitan ke atas penulis pembangkang secara aman serta pejuang hak asasi manusia.

Sejak Putera Mahkota Mohammed bin Salman menjadi pemimpin de facto Arab Saudi pada 2017, kerajaan telah menangkap berpuluh-puluh aktivis, penulis blog, intelektual dan lain-lain yang dianggap sebagai penentang politik, menunjukkan hampir toleransi sifar terhadap perbezaan pendapat walaupun berdepan kecaman antarabangsa terhadap tindakan keras itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button