Dunia

WHO syaki arnab, spesies musang turut sebarkan COVID-19 kepada manusia

Tapi perlu penyelidikan lebih lanjut mengenai pembekal haiwan berkenaan

MOSCOW, 8 Rejab 1442H, Sabtu — Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyelidik asal usul pandemik COVID-19 mengesyaki arnab dan ferret badgers (spesies musang) yang dijual di pasar Wuhan di China, kemungkinan turut menyebarkan virus itu kepada manusia, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut The Wall Street Journal, penyelidik bagaimanapun menyedari perlunya penyelidikan lebih lanjut mengenai pembekal haiwan tersebut dan haiwan-haiwan lain di pasar itu.

Mereka belum lagi dapat memastikan senarai lengkap haiwan hidup dan mati yang dijual secara sah atau haram di pasar berkenaan.

Pakar juga menegaskan China perlu melakukan ujian lebih menyeluruh di ladang penternakan mink (sejenis spesies musang) selepas penularan dua hala SARS-CoV-2 antara manusia dan mink disahkan di Eropah.

Pasukan pakar WHO menamatkan lawatan kerja empat minggu ke China minggu lalu.

Pada sidang media, mereka mengumumkan bahawa ia bukan kebocoran virus dari makmal, manakala peranan pasar basah Wuhan masih belum jelas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button