Berita Utama

KPDNHEP, MAFI bincang selesaikan isu bekalan telur di pasaran

'Harga stabil tetapi bekalan telur tiada pun akan jadi masalah'

BANGI 6 Rejab 1443H, Selasa – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan perbincangan segera dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi mencari penyelesaian isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pelbagai rungutan serta kebimbangan diluahkan oleh masyarakat berikutan kekurangan bekalan telur di pasaran menjelang Ramadan dan Syawal nanti.

“Kita akan bincang untuk atasi situasi ini supaya isu harga dan bekalan tidak menjadi masalah kerana kalau harga stabil, tapi bekalan tidak ada pun akan jadi masalah juga.

“Kita juga sedar dan ambil berat dengan mereka yang terlibat contohnya seperti pengusaha biskut raya yang memerlukan bekalan telur lebih banyak berbanding pengguna isi rumah,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Rosol berkata, sebanyak 30 juta biji telur sehari digunakan oleh rakyat di negara ini dan aspek pengeluaran telur ayam untuk pasaran tertakluk di bawah MAFI.

Sebelum ini, Rosol memberi jaminan akan melakukan pemantauan, pemeriksaan dan kutipan data daripada 50 syarikat yang mewakili 80 peratus pengeluaran telur di seluruh Malaysia untuk memastikan keberadaan bekalan telur ayam dalam pasaran.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button