Berita UtamaDunia

PM Kanada gesa protes jalanan bantah vaksin dihentikan

Bimbang kes penularan jangkitan COVID-19 semakin buruk

OTTAWA 6 Rejab 1443H, Selasa – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa protes oleh pemandu trak yang berlarutan selama 10 hari dihentikan segera kerana boleh memburukkan lagi penularan kes jangkitan COVID-19 di negara itu.

Protes yang mencetuskan kemarahan penduduk akibat bunyi hon itu memaksa Datuk Bandar, Jim Watson mengisytiharkan darurat selepas menyifatkan penunjuk perasaan bertindak di luar kawalan.

“Protes yang berlanjutan sehingga 10 hari ini harus dihentikan,” kata Trudeau semasa perbahasan tergempar di Parlimen.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut perancangan yang akan dilakukan bagi menghentikan bantahan yang dilakukan kira-kira 500 pemandu trak.

Kira-kira 1,800 pasukan polis tambahan dikerah bagi mengawasi keadaan di bandar tersebut.

Ahad lalu, Watson terpaksa mengisytiharkan darurat ke atas Ottawa dalam usaha menangani protes dilakukan pemandu trak yang membantah syarat mewajibkan golongan terbabit menerima suntikan vaksin COVID-19.

Darurat terpaksa dilakukan berikutan berlaku demontrasi besar-besaran, Konvoi Kebebasan oleh kumpulan pemandu trak sebagai gerakan menentang keperluan vaksin di Kanada bagi pemandu lori rentas sempadan.

Demontrasi berkenaan bagaimanapun bertukar menjadi perhimpunan menentang langkah kesihatan awam.

Penganjur konvoi pula memaklumkan, mereka tidak akan berganjak selagi arahan mewajibkan vaksin tidak dibatalkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button