Berita UtamaDunia

Israel sengaja cetus perbalahan, musnahkan rumah penduduk Palestin

Roboh rumah individu tak bersalah yang dituduh lakukan serangan

SILAT AL-HARITHIYAH, 6 Syawal 1443H, Sabtu – Tentera Israel memusnahkan rumah penduduk Palestin yang didakwa membunuh peneroka haram Israel tahun lalu, sekali gus mencetuskan perbalahan baharu.

Menurut tentera Israel dalam kenyataanya, letupan menghancurkan pangsapuri Omar Jaradat di perkampungan Silat al-Harithiya, berhampiran bandar Jenin, di utara Tebing Barat.

Katanya, penduduk Palestin bertempur dengan tentera Israel, membaling batu dan bom api yang dibalas dengan tembakan senjata semi automatik.

Dua rakyat Palestin tercedera, menurut jurugambar AFP yang berada di lokasi kejadian.

Rejim penjajah Israel menuduh Omar Jaradat dan dua ahli keluarganya membunuh pelajar Yehuda Dimentman, 25, pada 16 Disember 2021.

Penembak menghujani kereta dengan peluru ketika dia memandu keluar dari pos penempatan Homesh.

Dua yang lain tercedera dalam serangan itu.

Pihak keselamatan sebelum ini merobohkan tiga lagi rumah ahli keluarga Jaradat di Silat al-Harithiya.

Operasi pada Februari dan Mac itu turut mencetuskan perbalahan, iaitu tentera menembak mati remaja Palestin.

Israel kerap merobohkan rumah individu yang disalahkan atas serangan terhadap rakyat Israel.

Tindakan itu menerima kutukan daripada pengkritik sebagai bentuk hukuman kolektif.

Israel menegaskan hukuman itu kononnya dapat menghalang serangan.

Kira-kira 475,000 peneroka haram tinggal di Tebing Barat dalam masyarakat yang dianggap haram mengikut undang-undang antarabangsa, bersama-sama kira-kira 2.9 juta rakyat Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button